comeback
Dah lama saya tidak menjengah blog kesayangan saya ni (syg la sbb ada satu je), bukan enggan menulis cuma semua yang ingin diluahkan adalah benda2 sedih.. x bahagia rasa asyik2 nak cerita sedih, mcm saya ni penyedih sgt2....bukan ye bukan....berita terkini : Lagi dua hari dah nak balik ke melbourne, sedih rasa nak tinggal rumah (sedih lagi), kadang2 saya terfikir betul ke keputusan saya untuk belajar di luar negara macam ni, saya kakak sulung, ayah dah lama meninggal, ada adik 6 orang lagi. tapi kata che; belajar la jauh2, bagi kenal tempat orang, nak tunggu duit sendiri smpi bila2 tak dapat belajar tinggi.ok saya ambil peluang ni, buat yang terbaik, cuba yang terbaik saya mampu.
tahun ini : Tahun 2010, cantik no ni, kalau saya kahwin tahun ni tarikh dia ialah 10.10.2010, tapi belom lagi la, tunggu 2020 pulak la 02.02.2020..."i like"menurut Datin No no no dalam Na O Mei.
jom flashback Khadijah:

< SMSPP>
merupakan satu era keganasan sejagat memandangkan sekolah semua perempuan, duk dekat jeram plak tuh, kalau diingatkan memang patut la tak layak pun nak jadi prefect (saya pun tak hingin, nanti kena kutuk). `waktu sekolah ni la, saya buat apa yang saya nak, try je semua benda,tabah dengan segala jerih payah, berani meluahkan idea, nak jadi gila2 ke gila ke, nak makan2 smpi termuntah,nak jadi ratu merdeka ke.jadilah.asal solat tak tinggal.

Yang ni pulak fasa transition dari kanak2 ribena kepada kanak2 sirap F&N. pada fasa ni saya banyak belajar tentang hidup sebagai seorang dewasa yg realiti kehidupan ini x selalunya indah. dengan segala assignment dan kelapa sawit, di sinilah saya menambah ketabahan diri dan belajar untuk terus kehadapan walau apa pun yang mungkin terjadi. dan saya kenal macam2 orang, dan saya sangat2 menghargai mereka. walau kenal 2 tahun je, tapi mereka sangat2 baik, semoga Allah memelihara mereka walau di mana mereka berada.

ni fasa yang Khadijah duk tengoh harung. Baru setahun jagung (memang baru setahun), sudah banyak yang saya belajar terutama pasal berdikari, bijak berbelanja (takda che nak selamatkan ketika pokai), dan yang paling penting ukhuwwah yang ikhlas dari emua yang saya kenal.tak pernah jumpa orang yang baik2 macam ni,....kalau nak cari jodoh boleh la cari2 kat Clayton ni,kat City pun ramai InsyaAllah orang2 yang dirahmati Allah semua ni. i started well and i hope it'll end well too. missing Hanan & Kak Ja soOoOO much.muax3

2 Comments:
lps ni fasa apa plak? hehe
sekiranya ada jalan untuk tersenyum Mengapa dipilih jalan untuk bersedih
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home