Sunday, December 13, 2009

grad medic 09


pada tanggal beberapa hari yang lalu, sempat la saya dan kawan2 yang lain menempel di majlis graduasi kakak2 medic tahun ni. sempat jugak buat pertama kali menyertai hari graduasi orang lain. tak da la meriah sangat pun kat sini. ok sekurang2 nya takda la festival cam kat msia. biasa2 je.tapi kegembiraan yang mereka rasa dan saya turut terasa memang melimpah2. saya berasa jeles dan geram sebab ada 4 tahun lagi di hadapan InsyaAllah kalau panjang umur,murah rezeki. bila tengok dorang baling2 topi seolah2 dorang baling sekali kisah2 duka dan penat lelah mereka sekuat hati mereka tapi topi tu datang balik la memandangkan penat dan lelah masih menanti di masa depan. tiba2 teringat hari graduasi kat sekolah, rasa bangga dan puas hati sebab berjaya mengharungi ujian yang mungkin terdapat orang2 yang terkandas di tengah jalan namun kita dan teman2 berjaya juga akhirnya.dengan izin Illahi. saya nak berjaya juga kali ini. semua orang nak berjaya juga.tapi apa2 pun boleh jadi. semoga diberi pertolongan dan kekuatan serta kesabaran kerana ujian itu tidak pernah mudah tapi insyaAllah sesuai dengan kita. berusaha Khadijah!


Khadijah 2013...InsyaAllah....

3 Comments:

At December 17, 2009 at 2:58 PM , Blogger aslam yusof said...

belajar baik2 n jd doktor muslimah y berjaya..

 
At December 17, 2009 at 10:55 PM , Blogger masramli said...

IA boleh..amin~~~doakan kejayaan bersama~~

 
At January 24, 2010 at 7:26 PM , Blogger HbO said...

hehe..baling topi bagaikan baling juga kisah duka dan penat lelah? menarik2.. hehe..

gonna miss you dear~ take care always.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home