Tuesday, July 22, 2008

"shit"

fuhh dahsyat nyer tajuk.... mungkin lah....

sy menyedari sesuatu perkara semalam....
ketika saya sedang rancak memandu dalam perjalanan ke kbmall, sebuah kereta cuba memotong dengan gaya x bley blah dan amat merbahaya... lalu "shit" terpacul dari bibir nan indah ini............ ili di sebelah kelihatan tersenyum kucing tapi macam rilek je........

" sori li, kalu ak bawok keto meme lagu ni... mace2 tubik... x tahu doh nop buwak gano..."

" xpo, kalu jadi pemandu, meme lagu tu.. mok ak pom tubik mace2 jugok kalu de main nga ore bawok ngabe.."

lebih kurang begitu la perbualan kami... emm betul ke kalau jadi pemandu mulut mesti celaka?
bagi saya apa yang dituturkan mempamerkan keadaan hati......mulut celaka, hati celaka...mulut berhikmah, hati berhikmah....mungkin ada benarnya bagi orang-orang yang lemah daya kesabarannya seperti saya. saya cepat marah. saya cepat tersinggung. bila hati sedang marah, syaitan mudah merajai. betul kan??. maka ayat2 Allah tidak menjadi pilihan. kata2 nista sebaliknya menjadi kebiasaan.

semakin hari semakin kerap "shit" digunakan. entah bila kali terakhir saya menuturkan hamdalah, mungkin hati semakin hari semakin jauh dari hikmah petunjuk Allah......
ini amat merungsingkan saya, kerana jika rosak hati maka rosaklah seluruhnya..
ini cara saya menilik diri...

benar. jika kita tengok orang2 yang mulutnya celaka, jarang dekat pada Allah..dari segi amalan2 wajib mahupun sunat, jarang diamalkan.... ada ke ahli ibadah yang mulutnya xda insurans? ada ke pencinta al Quran yang cakap sesedap rasa dan mendoakan yang buruk pada umat nabi muhammad yang lain? masyaAllah jika saya banyak berbuat amal sekalipun, amal2 itu seolah tiada hikmahnya pada saya. saya belum cukup ikhlas. belum cukup khusyuk. belum bersikap ihsan seihsan2nya. apa nilai ibadah saya?

saya berharap saya mampu memperbaiki diri dari semua segi.
mencapai keikhlasan setingi-tinggi keikhlasan dalam beribadah terasa payah bagi saya....
saya tidak mahu jadi perempuan yang indah di luar buruk di dalam. wajah cantik nan indah namum pertuturan tiada berisi, malah menyakiti......

bagaimana caranya ya menjadi perempuan solehah?
sebenar benar solehah?
setulen tulen solehah?
saya ingin menjadi itu wanita SOLEHAH TULEN & BENAR........

1 Comments:

At September 25, 2008 at 10:40 AM , Blogger aslam yusof said...

erm, insyaAllah boleh diubah bad habit tu, sng je, mulakan dgn selalu berselawat ke, tasbih ke, takbir ke, or mana2 yg rasa selesa..insyaAllah nnt ur mind will be 'reformat' utk gantikan perkataan yg kurang enak didengar kepada perkataan yg lebih baek..insyaAllah..(komen berdasarkn pengalaman sendiri) wallahualam..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home