Saturday, July 19, 2008

Persoalan SEPI

Seorang teman bertanya dalam satu daripada beribu khidmat pesanan ringkasnya

…..kamu sepi ke?.....

Saya amat geram kerana bagi saya amat sensitif membicarakan persoalan perasaan kepada orang lain. Mungkin saya malu.segan.kelu. adakah saya sepi? Benar-benar sepi?

Hari ini bukanlah satu hari yang biasa seperti hari-hari lain.kerana hari ini saya diserang selesema teruk. Hidung tersumbat. Telinga tersumbat. Kepala tersumbat. Deria rasa lidah dah kehilangan fungsinya. Hari ini benar2 teruk dan sakit buat saya. Saya tertekan. Saya mula mencari orang-orang yang boleh mendengar dan melegakan rasa sakit ini. Saya beritahu mak saya. Mak saya kata pergilah klinik. Nampaknya saya kena pergi sendiri. Nak mengadu pada ayah, ayah hanya mampu mendengar (pada anggapan saya) tiada mampu membalas. Mengadu pada adik2, mereka hanya mampu berbuat bodoh, hu3. normal la tu. Maka saya mencari teman di luar. Seorang teman lama menjadi pilihan. Inginkan teman berbicara yang boleh memanjakan saya. Menanyakan khabar saya, menyuruh saya telan ubat, menceritakan kegembiraannya lalu mengembirakan saya….

Adakah saya sepi?? Saya menyedari persoalan ini semakin kuat bermain di otak saya di kala saya ditimpa ujian penyakit. Teringat pula ketika saya diserang chicken pox tahun lalu, mengada-ngada macam bayi kecil. Sebenarnya saya cuma ingin dimanja2kan. Sifat saya. Kalau ada yang menyedari, saya tabik hormat. Buruk atau tidak? Hmmmm

Saya masih tidak bisa mencari jawapannya; adakah saya sepi?

Kalau saya sepi, Allah mau letak dimana? Rasulullah dimana? Keluarga dimana ? sahabat dimana?

Saya tidak patut berkata diri ini sepi atau merasa sepi. Allah sentiasa ada menemani. Mungkin saya gagal mengingatiNya dengan zikir munajat. Imanku lemah.

Saya tidak seharusnya berasa sepi. Rasullullah mencintai umatnya hingga ke akhir hayat baginda. Saya yang gagal mengingati baginda dengan selawat dan salam yang tidak putus2. Kecintaanku pada Rasullulah saw tipis sekali.

Saya mana mungkin sepi. Saya masih memiliki keluarga yang besar. Masih dikelilingi seorang ibu dan 6 adik. Mungkin saya gagal menghargai mereka. Saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya sebagai ahlul bait.

SAYA TIDAK SEPI. Tetapi saya menyepikan diri saya. Ramai manusia menyepikan diri mereka. Benar. Menyepikan diri dengan melupakan kewujudan Allah, tidak mencintai Rasullullah saw dan sombong dari menghargai keluarga sendiri.

SAYA TIDAK SEPI. Saya enggan menyepikan diri lagi. Banyak lagi perlu diperbaiki. Saya ingin menjadi manusia yang bersyukur. Doakan saya tidak sepi lagi.

** kepada teman yang kusayangi….

…aku tidak sepi……

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home