.H.A.R.A.P.A.N.
Manusia bergerak hidup dengan harapan setiap masa dan ketika. Kita bangun pagi dengan harapan hari ini hari yang membahagiakan. Kita tidur dengan harapan masih ada lagi hari esok untuk kita. Kita berubat dengan harapan kita akan sembuh. Kita pergi bank dengan harapan takda ramai orang hari tu, hu7. harapan adalah sebenar-benarnya nikmat kurniaan Tuhan. Tapi baru-baru ini saya menyedari harapan juga merupakan suatu dugaan yang amat besar bagi seorang manusia. Kerana harapan kita, tidak selalu memiliki ‘ a very happy ending” . bila seorang teman memberitahu kelemahan seorang manusia adalah pada harapan yang diberikan, saya mempersoalkan kenapa. Bagi saya harapan adalah sentiasa suatu yang baik, ia memberi semangat dan keinginan untuk terus berusaha. Dan selalu ada orang berkata “jangan bagi harapan palsu”, macam mana harapan yang palsu itu? Sedangkan kita tidak tahu takdir Allah, wujudkah suatu harapan yang palsu? Saya rasa harapan palsu takda, tapi harapan tak kena tempat, tak senonoh atau tak logik ada la. Contoh saya berharap boleh menjadi superwoman jap lagi. Saya berharap isteri dia jadi isteri saya, blablablaSaya suka berharap dan mengharap. Ia boleh membuat saya menjadi lebih positif dan lebih tenang. Saya percaya masih ada harapan dan masih boleh mengusahakn sesuatu. Selagi takdir Allah masih belum terlaksana, kita berusaha dan bertawakkal, semoga kita mendapat ‘the happy ending’. Konklusinya, kalau saya mahu manisnya harapan itu, saya perlu bersedia menerima kemungkinan pahitnya kesudahan ia nanti.

3 Comments:
sy setuju dgn anda,tp fikir yg terbaik sebelum utk mengejar harapan dan membuat harapan.
"Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar HIJAU. Bersabarlah sekejap menunggu warna HIJAU itu, sementara warna MERAH dan KUNING silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!selagi destinasi yg dituju belum sampai".
fikirkanlah
aaa..
buleh jak gapo2 pun...
:p
harapan yg mana satu?
hihi
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home